Pilihanraya Kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi sedang menguja rakyat. Deman pilihanraya sudah berminggu dirasakan di kawasan Dewan Undangan Negeri Galas, Gua Musang, Kelantan dan di kawasan Parlimen Batu Sapi, Sandakan, Sabah kerana kematian kedua YB dari PKR dan BN.
Pada catitan Papan Notis fB saya minggu lepas, saya cipta ungkapkata 'Galas Batu Sapi' dan tag sebagai usikan kapada kawan-kawan dalam fB yang kerap berinteraksi dengan saya. Ada beberapa pendapat dan penilaian dibuat pada ungkap kata 'Galas Batu Sapi' saya itu. Galas di istilahkan sebagai satu tanggungjawab, dan Batu Sapi sebagai sesuatu yang berat dan besar - sukar untuk didukung. Makanya secara langsung ungkapkata 'Galas Batu Sapi' ditakrif sebagai satu pertanggungjawaban yang sukar, besar dan berat kepada bakal calun-calun yang dipilih, lebih-lebih lagi oleh rakyat mengundi membuat pilihan.
Pada penamaan calun hari ini, Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi menyaksikan pertarungan 3 penjuru BN, PKR dan SUPP manakala DUN Galas pertarungan 1 lawan 1 antara BN dan PAS. Jika di ambil kira penglibatan SUPP di Batu Sapi sebagai calun serpihan PKR, kedua-dua kawasan ini sabenarnya menguji kekuatan 2 gabungan parti terbesar - BN dan PKR.
Walaupun pecahan kaum antara 2 kawasan Pilihanraya ini berbedza, secara purata 'demography' penduduk antara keduanya hampir sama.
Kedua-dua kawasan ini letaknya di semi-urban dan pendalaman jauh dari tempias Arus Perdana Pembangunan Negara.
Kedua-dua kawasan ini letaknya di semi-urban dan pendalaman jauh dari tempias Arus Perdana Pembangunan Negara.
Munkinkah gagasan Transformasi Nagara dalam 1 Malaysia yang sedang rancak dilaungkan oleh BN dapat mempengarohi pengundi khususnya kaum Melayu, China, Kadazan, Orang Asli, Siam dan lain-lain itu? Mereka ini rata-rata tergolong nelayan pantai, pekebun, petani, buruh kasar dan pekerja sendiri dari pendalaman Sandakan dan pinggiran Gua Musang.
Kelak apapun arah petunjuk kecenderungan pengundi pada keputusan Pilihan Raya Kechil ini bagi saya tidak samestinya boleh diandaikan sama-ada sebagai 'asid test' kepada BN dan kepimpinan Perdana Menteri Ke-6 - Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak atau pertanda arah kecenderungan dan arah sokongan rakyat akan keterampilan pakatan pembangkang dalam PKR. Juga jika terdapat sebarang 'fallout' yang melibatkan kedua-dua parti ini, tidak samestinya akan meruntuhkan keperkasaan dan kekuatan pemerintah BN atau pertanda hakisnya sokongan rakyat pada gabungan pembangkang dalam PKR.

Hakikatnya - Batu Sapi adalah kawasan Parlimen BN dan Galas kawasan Dewan Undangan Negeri PAS. Tapinya, bagi kawasan Batu Sapi kehadhiran calun SUPP dijangka akan memecahkan penggundi kaum China (kebanyakkan ahli perniagaan) penyokong BN, disamping pengundi Melayu lebih cenderung kepada calun Melayu dari PKR disamping pengundi-pengundi gulungan muda sedia teruja untuk menyokong sesuatu yang baru. Berbedza keadaannya di DUN Galas. Galas kawasan pegangan PAS. Majoriti Melayu di Galas selamanya secara adab sangat memuja kepimpinan Tok Guru - dan parti PAS, walaupun strategi awal kempen memperakukan keterbilangan politikus UMNO anak Kelantan, wakil Perlimen Gua Musang - Tengku Razaleigh Hamzah. Secara lahiriannya agak sukar bagi rakyat biasa Melayu Kelantan berpaling tadah dari pemerintahan yang bersendikan Islam. Walaupun keterbilangan politikus Tengku Razaleigh Hamzah disanjung ramai, tapi selamanya bagi majoriti rakyat Kelantan - PAS itu Kelantan dan Kelantan itu negeri PAS.
-----
Elemen keterujaan berkempen oleh pemimpin parti dan penyokong calun yang bertanding tidak samestinya banyak membantu pengundi membuat pilihan sendiri. Bagi penduduk kawasan Parlimen Batu Sapi-Sabah dan DUN Galas-Kelantan, limpahan kehadhiran pemimpin besar BN dan PKR di Batu Sapi dan Galas bermula pada hari pencalunan ( hari ini ) pertanda halaman mereka akan dijadikan pentas polimik politik yang pelbagai sifat dan maksud. Kemasukan secara mendadak orang luar sejauh Bandar, Ibu Negeri dan Ibu Negara ke pekan dan kampung mereka itu semata-mata bertujuan untuk berkempen - memujuk dan 'menghasut' pengundi menyokong parti mereka dan bukan untuk mendekati masaalah yang penduduk alami selamanya.
Pastinya pelbagai 'manifesto' dan janji ditaburkan sama saperti dipilihan raya sabelum ini. Pelbagai event dan lawatan pemimpin luar dianjurkan. Pekan, kampung dan denai tiba-tiba menjadi tumpuan ramai orang luar, atas sebab yang rakyat tempatan sendiri tidak faham kenapa cara itu dilakukan untuk memujuk mereka. Tambahan Bahasa dan loght perturan dan cara pemikiran tetamu-tetamu yang entah datangnya dari mana itu, sangat sukar di fahami oleh penduduk pelbagai kaum dan etnik di Galas dan Batu Sapi yang hanya fasih bertutur dalam loght daerah masing-masing.
Munkin orang-orang Kelantan yang dipanggil pulang oleh Tok Pa dan Tengku Razaleigh untuk bantu berkempen, kepulangan mereka tidak seramai yang teruja menyahut seruan Tok Guru untuk mereka pulang membuang undi, mengekalkan legasi kepimpinan yang ditinggalkan oleh bekas Yang Berhormat PAS itu.
Munkin strategi kempen di Batu Sapi, Sandakan jauh dari yang diperlukan di Galas, Gua Musang. Munkin kedatangan pemimpin besar dari ibu-ibu negeri, khusus pemimpin negara dari Putrajaya ke kawasan mereka memboktikan bahawa calun yang dikemukakan mendapat sokongan padu kepimpinan BN atau PKR. Diharapkan jika calun pilihan mereka terpilih, kebajikan penduduk dan pembangunan dalam daerah itu akan terbela.

Apapun andaian, pengundi harus diberikan kebebesan untuk membuat pilihan sendiri.
-
Maka teringat saya pada satu kesah lucu yang pernah diceritakan oleh rakan-rakan dari Sabah - ehwal ada parti politik yang menggunakan strategi luar biasa untuk memancing undi. Mereka gunakan beberapa ekor Sapi untuk bekempen. Logo parti dicatkan pada tubuhbadan ternakan itu, dan dilepaskan di serata kampung dalam kawasan pengundi, dengan janji calun kepada rakyat, jika parti mereka menang, Sapi itu akan dikorban sebagai hidangan jamuan kesyukuran. Jika parti itu kalah Sapi tersebut akan juga dikorban sebagai hidangan jamuan terima kasih kepada penyokong yang berpenat lelah. Apapun yang berlaku pada keputusan PilihanRaya itu, Sapi tersebut akan tetap maut. Betulkah cerita ini? Atau melepaskan Sapi dengan logo parti yang bertanding akan juga dilakukan di Batu Sapi sebagai gimik kempen Pilihan Raya Kecil kali ini? Wallaualam.
Juga teringat saya akan ungkap kata saorang sahabat dari Kota Bahru ketika mengundang saya yang sudah lama tidak melawat negeri Che'Siti Wan Kembang itu. Kechek-nya (dalam loght Kelantan yang pekat): 'Demo datanglah lawat Kelante, negeri yang dikatakan mundur dan tidak membangun......SABENARNYA KELANTE TIDAK MUNDUR DAN SEDANG RANCAK MEMBANGUN.