26 Oktober 2010

GALAS BATU SAPI

Pilihanraya Kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi sedang menguja rakyat. Deman pilihanraya sudah berminggu dirasakan di kawasan Dewan Undangan Negeri Galas, Gua Musang, Kelantan dan di kawasan Parlimen Batu Sapi, Sandakan, Sabah kerana kematian kedua YB dari PKR dan BN.

Pada catitan Papan Notis fB saya minggu lepas, saya cipta ungkapkata 'Galas  Batu Sapi' dan tag sebagai usikan kapada kawan-kawan dalam fB yang kerap berinteraksi dengan saya. Ada beberapa pendapat dan penilaian dibuat pada ungkap kata 'Galas  Batu Sapi' saya itu. Galas di istilahkan sebagai satu tanggungjawab, dan Batu Sapi sebagai sesuatu yang berat dan besar - sukar untuk didukung. Makanya secara langsung ungkapkata 'Galas Batu Sapi' ditakrif sebagai satu pertanggungjawaban yang sukar, besar dan berat kepada bakal calun-calun yang dipilih,  lebih-lebih lagi oleh rakyat mengundi membuat pilihan.

Pada penamaan calun hari ini, Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi menyaksikan pertarungan 3 penjuru BN, PKR dan SUPP manakala DUN Galas pertarungan 1 lawan 1 antara BN dan PAS. Jika di ambil kira penglibatan SUPP di Batu Sapi sebagai calun serpihan PKR, kedua-dua kawasan ini sabenarnya menguji kekuatan 2 gabungan parti terbesar - BN dan PKR.

Walaupun pecahan kaum antara 2 kawasan Pilihanraya ini berbedza, secara purata 'demography' penduduk antara keduanya hampir sama. 


Kedua-dua kawasan ini letaknya di semi-urban dan pendalaman jauh dari tempias Arus Perdana Pembangunan Negara. 

Munkinkah gagasan Transformasi Nagara dalam 1 Malaysia yang sedang rancak dilaungkan oleh BN dapat mempengarohi pengundi khususnya kaum Melayu, China, Kadazan, Orang Asli, Siam dan lain-lain itu? Mereka ini rata-rata tergolong nelayan pantai, pekebun, petani, buruh kasar dan pekerja sendiri dari pendalaman Sandakan dan pinggiran Gua Musang. 


Kelak apapun arah petunjuk kecenderungan pengundi pada keputusan Pilihan Raya Kechil ini bagi saya tidak samestinya boleh diandaikan sama-ada sebagai 'asid test' kepada BN dan kepimpinan Perdana Menteri Ke-6 - Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak atau pertanda arah kecenderungan dan arah sokongan rakyat akan keterampilan pakatan pembangkang dalam PKR. Juga jika terdapat sebarang 'fallout' yang melibatkan kedua-dua parti ini, tidak samestinya akan meruntuhkan keperkasaan dan kekuatan pemerintah BN atau pertanda hakisnya sokongan rakyat pada gabungan pembangkang dalam PKR.

Hakikatnya - Batu Sapi adalah kawasan Parlimen BN dan Galas kawasan Dewan Undangan Negeri  PAS.  Tapinya, bagi kawasan Batu Sapi kehadhiran calun SUPP dijangka akan memecahkan penggundi kaum China (kebanyakkan ahli perniagaan)  penyokong BN, disamping pengundi Melayu lebih cenderung kepada calun Melayu dari PKR disamping pengundi-pengundi gulungan muda sedia teruja untuk menyokong sesuatu yang baru. Berbedza keadaannya di DUN Galas. Galas kawasan pegangan PAS. Majoriti Melayu di Galas selamanya secara adab sangat memuja kepimpinan Tok Guru - dan parti PAS, walaupun strategi awal kempen memperakukan keterbilangan politikus UMNO anak Kelantan, wakil Perlimen Gua Musang - Tengku Razaleigh Hamzah. Secara lahiriannya agak sukar bagi rakyat biasa Melayu Kelantan berpaling tadah dari pemerintahan yang bersendikan Islam. Walaupun keterbilangan politikus Tengku Razaleigh Hamzah disanjung ramai, tapi  selamanya bagi majoriti rakyat Kelantan - PAS itu Kelantan dan Kelantan itu negeri PAS.

-----
Elemen keterujaan berkempen oleh pemimpin parti dan penyokong calun yang bertanding tidak samestinya banyak membantu pengundi membuat pilihan sendiri. Bagi penduduk kawasan Parlimen Batu Sapi-Sabah dan DUN Galas-Kelantan, limpahan kehadhiran pemimpin besar BN dan PKR di Batu Sapi dan Galas bermula pada hari pencalunan ( hari ini ) pertanda halaman mereka akan dijadikan pentas polimik politik yang pelbagai sifat dan maksud. Kemasukan secara mendadak orang luar sejauh Bandar, Ibu Negeri dan Ibu Negara ke pekan dan kampung mereka itu semata-mata bertujuan untuk berkempen - memujuk dan 'menghasut' pengundi menyokong parti mereka dan bukan untuk mendekati masaalah yang penduduk alami selamanya.

Pastinya pelbagai 'manifesto' dan janji ditaburkan sama saperti dipilihan raya sabelum ini. Pelbagai event dan lawatan pemimpin luar dianjurkan. Pekan, kampung dan denai tiba-tiba menjadi tumpuan ramai orang luar, atas sebab yang rakyat tempatan sendiri tidak faham kenapa cara itu dilakukan untuk memujuk mereka. Tambahan Bahasa dan loght perturan dan cara pemikiran tetamu-tetamu yang entah datangnya dari mana itu, sangat sukar di fahami oleh penduduk pelbagai kaum dan etnik di Galas dan Batu Sapi yang hanya fasih bertutur dalam loght daerah masing-masing. 


Munkin orang-orang Kelantan yang dipanggil pulang oleh Tok Pa dan Tengku Razaleigh untuk bantu berkempen, kepulangan mereka tidak seramai yang teruja menyahut seruan Tok Guru untuk mereka pulang membuang undi, mengekalkan legasi kepimpinan yang ditinggalkan oleh bekas Yang Berhormat PAS itu. 


Munkin strategi kempen di Batu Sapi, Sandakan jauh dari yang diperlukan di Galas, Gua Musang. Munkin kedatangan pemimpin besar dari ibu-ibu negeri, khusus pemimpin negara dari Putrajaya ke kawasan mereka memboktikan bahawa calun yang dikemukakan mendapat sokongan padu kepimpinan BN atau PKR. Diharapkan jika calun pilihan mereka terpilih, kebajikan penduduk dan pembangunan dalam daerah itu akan terbela.

Apapun andaian, pengundi harus diberikan kebebesan untuk membuat pilihan sendiri.
-
Maka teringat saya pada satu kesah lucu yang pernah diceritakan oleh rakan-rakan dari Sabah - ehwal ada parti politik yang menggunakan strategi luar biasa untuk memancing undi. Mereka gunakan beberapa ekor Sapi untuk bekempen. Logo parti dicatkan pada tubuhbadan ternakan itu, dan dilepaskan di serata kampung dalam kawasan pengundi, dengan janji calun kepada rakyat, jika parti mereka menang, Sapi itu akan dikorban sebagai hidangan jamuan kesyukuran. Jika parti itu kalah Sapi tersebut akan juga dikorban sebagai hidangan jamuan terima kasih kepada penyokong yang berpenat lelah. Apapun yang berlaku pada keputusan PilihanRaya itu, Sapi tersebut akan tetap maut. Betulkah cerita ini? Atau melepaskan Sapi dengan logo parti yang bertanding akan juga dilakukan di Batu Sapi sebagai gimik kempen Pilihan Raya Kecil kali ini? Wallaualam.

Juga teringat saya akan ungkap kata saorang sahabat dari Kota Bahru ketika mengundang saya yang sudah lama tidak melawat negeri Che'Siti Wan Kembang itu. Kechek-nya (dalam loght Kelantan yang pekat): 'Demo datanglah lawat Kelante, negeri yang dikatakan mundur dan tidak membangun......SABENARNYA KELANTE TIDAK MUNDUR DAN SEDANG RANCAK MEMBANGUN.

23 September 2009

SELAMAT HARI RAYA - MAAF ZAHIR & BATIN

Idilfitri datang dan pergi. Dan satiap kali datangnya idilfitri, kita semankin dewasa. Perhubungan silatulrahim antara sesama sekeluarga, seagama, sebangsa, sahabat handai dan taulan disebatikan melalui pembaharuan hubungan kasih antara kita. Segala kekhilafan sepanjang tahun-tahun berlalu itu dipulihkan dengan masing-masing maaf bermaafan.
Sebagai hamba yang kerdil dan lemah disisi Allah Maha Pencipta, kita tidak lari dari melakukan salah dan khilaf itu. Musabahah diri, sebaik cara kita mengenali kelemahan itu.
Kita akur, tidak punya kekuatan diri untuk mengenali kelemahan pada ketidakserasian perhubungan kita antara ummah. Kepentingan diri selalui mengabui mata kita dan menutup 'pintu hati' (kewarasan diri) kita, lalu kita tunduk pada pengaruh dan tindakan negatif diluar dari sifat keIslaman. Semangat Eidil Fitri tidak dimanfaatkan sapenohnya. antara ummah - apatah dengan keluarga terdekat.
Itu yang aku rasai tiap kali tibanya aidilfitri.
Ramai antara kita menganggap Idilfitri itu hanya suatu perayaan yang mesti diraikan, tanpa mengenali hakikat disebalik pembelajaran yang wajib dan yang dituntut Allah dari semua ummatnya.
Pendewasaan kita disatiap lahirnya Aidilfitri diharap akan menjadikan kita umat yang mulia disisi Allah Subhanahuwataala.
Allahhu Akbar Wallillah Ilhamd.
Selamat Hari Raya Idilfitri kepada semua.

19 September 2009

Alkisah Saudara Serumpun

Terlalu kerap ‘cliche’ menusuk gendang-gendang telinga kita, wujudnya keturunan darah kekeluargaan leluhur Bangsa Melayu Nusantara. Menjadikan rakyat dua Negara serumpun Alam Melayu ini beranggapan bahawa bangsa Melayu masih punya hubungi darah, budaya dan agama.


Munkinkah kerana Negara Serumpun ini telah dijajah lebih lebih 500 tahun dijajah Belanda dan Inggeris maka hubungan darah leluhur serumpun itu secara lahiriahnya sadikit demi sadikit terpisah dan dan dipisahkan.


Perpisahan mengakibahkan putus hubungan persaudaraan, dan longgar institusi kekeluargaan. Tekanan penjajah dari dua kuasa besar Eropah – Inggeris & Belanda yang berkuku di Tanah Semenanjung dan Kepulauan Indonesia itu telah mengakibahkan terbentuk kelainan rupabangsa yang ketara.


Dasar 'pecah dan perentah' kuasa Barat telah mengakibahkan secara fisikal ketidak sepaduan itu. Resam hidup, anutan agama dan ideologi kenegaraan masing-masing semacam tidak sehaluan.


Pun bagitu kesinambungan hubungan dua saudara sebangsa ini, terus disepadukan melalui ikatan socio budaya dan linga-franka. Kedua entiti ini sukar untuk dimusnah penjajah.


Saterusnya satelah kedua Negara ini Merdeka dan bebas dari belenggu penjajah, kesepaduan itu saling bergantung khusus melalui tali perhubungan, dan ikatan bahasa dan budaya yang agak rapoh itu.


Indonesia Merdeka 17Augustus1947 dan Tanah Melayu sapuluh tahun kemundian. Sifat rakus dan vocal Pemimpin Revolusi Indonesia Sukarno tanpa segan silu memperbudakkan perjuangan Kemerdekaan Tanah Melayu melalui cara perundingan dengan penjajah British oleh Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putera itu dipandang sebagai momokan.


Apatah dizaman kebangkitan itu, keterampilan Kepimpjnan Sukarno, dianggap ikon pada sagenap lapisan leluhur Melayu Nusantara di Tanah Melayu.


Saya membesar melihat portrait Sukarno dan Bendera “Sang Saka Merah Puteh” (bendera Indonesia) megah menghiasi dinding hampir satiap ruang tamu rumah Melayu di samping portrait Tunku Abdul Rahman yang diletakkan beriringan. Bagitu sekali ‘ghaerah’nya penduduk Tanah Melayu menerima Sukarno sebagai wira pejuang kebebasan rakyat INdonesia leluhur bangsa mereka.


Kemerdekaan Indonesia itu telah secara langsung menaikkan semangat kebangsaan mendorong rakyat Tanah Melayu mengenali sabenarnya maksud Merdeka dan bebas dari belenggu penjajahan asing.


Keghaerahan membentuk keterampilan diri. Selalunya bermuka dua: senang mempengarohi, dan mudah dipengaruhi. Bagitu halnya kedua saudara serumpun ini. Bebas dari cengkaman penjajahan kuasa Barat, mereka memilih lalunan perjalanan yang tidak selari, ikut ideology politik yang sangat berbedza waktu itu. Akibahnya hubungan darah serumpun mula retak.


Keretakan yang sangat ketara, apabila secara terbuka Presiden Sukarno atas dorongan PKI melancarkan Kempen Ganyang Malaysia.


Maka terguris dan keciwa hati Melayu di sabelah Semenanjung lantaran tindakan konfrontasi leluhur serumpun dari tanah seberang.


Konfrontasi Indonesia/Malaysia itu secara langsung telah memisahkan hubungan kekeluargaan antara rakyat kedua negara. Perhubungan secara peribadi, terus, telus dan terbuka terganggu. Masing-masing membawa hidup sendiri, dengan harapan ‘kekecuhan’ itu hanya sementara dan akan berakhir segera. Jalan damai mesti ditemui sacepat boleh dan dengan cara apa sekalipun.


Kejatuhan Sukarno dan PKI dan pulihnya demokrasi Indonesia telah merobah segalanya. ‘Biduk lalu, kimbang bertaut samula.’ Dua bangsa serumpun mula membina hidup baru. Saterusnya perhubungan Kerajaan dan rakyat kedua Negara diman’faatkan sapenohnya.


Tahun-tahun berikutnya menyaksikan perersefahaman dua hala yang akrab dan terjurus. Dimanfaatkan sebaiknya dalam pelbagai bidang aktibiti sosio ekonomi dan masyarakat.


Dasar pembangunan Malaysia pra-Merdeka telah menampakkan pelaksanaan projek-projek bersekala besar. Kemantapan pembangunan Negara ini dan wujudnya kepelbagaian aktibiti pembangunan, menjadikan Malaysia salah satu destinasi aliran masuk tanaga kerja dari Negara jiran, khususnya Indonesia.


Hari ini menurut statistic lebihkurang 1.8 million Rakyat Indonesia termasuk kumpulan PTI (Pendatang Tanpa Izin) berada di Malaysia. Bayangkan berapa banyak aliran tunai dihantar pulang tiap bulan.


Kini titian kasih dan perhubungan saudara serumpun dalam Nusantara itu, mula retak samula. Di retakkan oleh segelintir rakyat Indonesia sendiri. Pun atas semangat kejiranan dan hubungan darah leluhur Melayu Nusantara, Kerajaan berbilang kaum dan etnik di Malaysia masih beranggapan bahawa ketidaksefahaman itu akan berakhir sacepatnya.


Munkinkah?

18 September 2009

Hari Malaysia 09

16 September 1963 tarikh penubuhan Malaysia. Gabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak terbentuk, dimaktub dan diproklamasi pada tarikh keramat tersebut. Dengan pemecatan Singapura, selang dua tahun kemundian Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak saterusnya bitara sebagai sabuah Negara Berdaulat. Kelmarin kita sambut genap 46 tahun usia Malaysia.

Kecuali di Sabah dan Sarawak tidak terdapat sebarang event besar-besaran dan yunik dilaksanakan untuk merayakannya. Tidak ada kibaran bendera, tidak ada perhimpunan rakyat secara besar-besaran, dan tidak ada ucap ikrar SetiaNegara secara terjurus. Jikalah tidak berlangsungnya sambutan Kemerdekaan tanah air pada 31 August lalu, munkin kita tidak dapat melihat paparan Jalur Gemilang dalam pelbagai bentuk (termasuk spanduk dan bunting yang masih tergantung, tersadai dan ‘terlondeh’ di sana-sini) dipersekitar BandarRaya, Bandar, Kota dan disatengah-satengah Bandar kecil di desa-desa sekarang ini. Dikebanyakkan premis persendirian yang telah gah mempamirkan Jalur Gemilang sempena Hari Merdeka, sudahpun meurunkannya.

Saya tabik kepada dan rakyat Negeri Sabah dan Sarawak kerana merayakan 16 September tiap tahun penoh semangat kenegaraan. Patriotisma yang mereka tunjukkan lahir dari keyakinan bahawa sabenarnya 16hb.September itulah hari Kebebasan rakyat negara ini dari belenggu penjajah. Penduduk Sabah dan Sarawak tidak lari dari hakikat dan keyakinan itu.


Tiap kali datangnya 16hb September saya tertanya-tanya pada diri saya sendiri, kenapakah Kerajaan tidak memuliakan Hari Malaysia sebagai klimax pada hari perayaan rakyat sapenohnya. Dilaksanakan secara terjurus dan berhemah sebagai ibu kepada segala perayaan kebangsaan yang menyatukan semua rakyat Malaysia. Hari Malaysia adalah klimaks Perayaan Kemerdekaan dan kedaulatan Negara. Sewajarnya sepanjang bulan itu (16 Ogos hingga 16 September ) untuk satiap tahun disusun atur even keNegaraan yang bersepadu. Semangat 1MALAYSIA sedia dapat digembeling sebaiknya melalui acara-acara penglibatan rakyat sebegini. Acara simbolik menghormati Jalur Gemilang dan bacaan ikrar patut diadakan disatiap pelusuk Negara dari halaman Sekolah-Sekolah di desa terpencil hingga ke acara bersekala besar di ibu-ibu negeri dan ibunegara. Ia justifikasi pada SetiaNegara yang sepadu ditunjukkan oleh rakyat Malaysia baik dimana mereka berada. Bagi saya ia cara yang terbaik, murah dan simbolis penyertaan rakyat dari semua gulungan.


Sebelum dan sepanjang jangkawaktu 16Ogos hingga 16 September tahun terdapat usaha pihak tertentu didalam dan luar negeri yang cuba mengugat kedaulatan kesetabilan Negara dan kesatuan rakyat. Isu. Tindakan ‘Ganyang Malaysia’ yang dilakukan oleh gulungan tertentu di Indonesia mencemar maruah rakyat negeri ini dan kedaulatan Negara kita. Melabel Malaysia sebagai ‘Malingsia’ satu tindakan ancaman yang halus, dan menguris kesan luka yang sangat dalam. Secara langsung ia menjatohkan maruah kita dan memperkuatkan azam ‘gulungan’ ini untuk terus menentang dan bertindak liar terhadap rakyat negeri ini berterusan. (Secara peribadi saya tidak akan berasa selamat untuk ke Indonesia lagi, kuathir akan diapa-apakan oleh musuh yang tidak dapat saya pastikan).


Didalam Negara kita sendiri menurut rekod terdapat sajumlah 1.8 juta rakyat Indonesia termasuk PTI (Pendatang Tanpa Izin) masa kini, dan jumlah ini kian bertambah. Semangat Negara Serumpun nampaknya kemenangan hanya dipihak mereka. Sikap ‘toleransi’ yang Kerajaan dan Rakyat negera ini tunjukkan atas sifat hubungan persaudaraan dalam ‘Negara Serumpun’ itu telah menjadikan rakyat negeri ini sebagai hanya ‘the second cousin’ dan mereka ‘the big brother’. Itu yang saya amati tiap kali pihak kita berhubung dengan pihak mereka. 


Semangat talian darah ‘Saudara Serumpun’ semacam satu cliché permainan bibir. Kempen Ganyang Malaysia oleh Indonesia bukannya perkara baru. Ia lebih tua dari wujudnya Negara Malaysia sendiri. Saya membesar di zaman Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia – Sukarno dan PKI melancarkan ‘perang’ Ganyang Malaysia. Pelbagai helah dan usaha dilakukan untuk menawan dan menjatohkan kesetabilan Negara kita. Pelbagai bentuk perang saraf melalui laungan slogan dan dakyah politik bersama ancaman dan pendaratan tentera dibumi Malaysia telah dilakukan. 


Menuduh Malaysia menciplak lagu Terang Bulan sebagai lagu NegaraKu, salah satu slogan ‘perang saraf’ paling ketara dilancarkan Sukarno untuk ‘mempelekeh’ kemerdekaan Tanah Melayu yang beliau tidak renti-renti ‘sindir’ sebagai: “Kemerdekaan yang diperolehi dari penjajah British atas dulang emas”. 


Trajidi Pulau Sebatik dan pendaratan Tentera Republik Indonesia di Labis antara lain masih tercatat dalam sejarah tanah air sebagai peristiwa penting dalam annal Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia itu. Masakan boleh rakyat lupakan. 


Kejutan terakhir berhubung ‘pencurian’ seni budaya milik rakyat Indonesia telah mencetuskan gelombang Mallanium baru gagasan konfrontasi rakyat Indonesia terhadap negeri ini. Rakyat Malaysia di Indonesia kini semacam terdedah pada ancaman keselamatan. Disebar secara halus berleluasa dan tersusun dikalangan rakyat Indonesia melalui komunikasi siber. 


Sepanjang Ramadhan dan menjelang Aidilfitri (21 Ogos hingga 21 September 09) – kita pula mula dengar bahawa culinary popular Melayu saperti Rendang, Satay, Ketupat, Lontong...dan lain-lain adalah juga hak mereka. Akhir nanti, nasi makanan ‘staple’ kita juga akan dipunyai Indonesia. 


Gelombang ‘Konfrontasi Ganyang Malaysia’ yang terbaharu ini akan terus mengancam maruah kita dan kesetabilan Negara. Ia bagaikan parut luka lama berdarah kembali.


Dimana salahnya?


Saya salahkan kita – Kerajaan dan Rakyat Malaysia.


Kita akui negara telah Merdeka. Merdeka bermakna bebas dari belenggu penjajahan luar. Merdeka bermakna rakyat negeri ini punya maruah diri dan peribadi kebangsaan sendiri. Langsung kita akui Malaysia yunik kerana rakyat berbilang kaum dan etnik, berbagai anutan agama dan amalan kebudayaan dapat hidup bersatu padu dalam aman dan sejahtera. 


Suasana bersatupadu, aman dan sejahtera itulah yang kita gembang gemburkan keserata dunia. Hakikatnya, kesepaduan rakyat Malaysia masih belum mantap lagi. Perpaduan kaum belum mantap. Hakikatnya sebagai rakyat 1 Malaysia, kita belum seia dan sekata. 


Perpaduan rakyat masih longgar, walau telah 52 tahun Merdeka. Kerana itu, orang luar senang adudumbakan kita. Dan kita sebagai rakyat tidak sepadu bertindak. Semacam mempertahankan Bangsa Malaysia bukan tanggung jawab Nasional kita.


22 Ogos 2009

6 Ogos 2009

Rasuah

Zaman ini saban hari kita baca kesah rasuah. Kebanyakkan dilakukan oleh pegawai awam dan pemimpin politik. Teman naik mual tiap kali baca atau dengar kes rasuah.



Teman juga saorang pegawai awam. Berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia dari tahun 1963 hingga bersara 1996. Salepas Merdeka, tidak banyak kes rasuah yang kita dengar. Munkin barangkali waktu itu media kita tidak banyak saperti sekarang ini. Pun bagitu komunikasi 'surat layang' boleh tahan juga hebatnya. Jadi jika ada salah laku dikalangan kakitangan awam atau ahli politik, surat layang akan mendedahkan salah laku mereka itu, untuk tindakan pihak yang berwajib.



Masa itu nama pegawai awam, harum dan disanjung rakyat sebagai pihak yang berkuasa, bertanggungjawab dan dipercayai (amanah). Postman, Anggota Polis (biasa dipanggil Datuk), Anggota Tentera, Pegawai Awam dari semua peringkat sangat dihormati rakyat. Apatah jika jadi pemimpin masyarakat, Ketua Kampung, Penghulu, Pemimpin Kaum, Pemimpin Politik, ahli Yang Berhormat.



Mustahil rasuah tidak berlaku zaman itu. Terma RASUAH zaman itu TUMBUK RUSUK. Aruah bapaku berwasiat supaya aku pohon jawatan yang tidak akan dirasuah. Beliau sangat setuju aku pohon jawatan guru. Katanya, tidak ada sebab orang ramai nak rasuah guru, walaupun mereka letakkan seluruh tanggungjawab mendidik anak-anak mereka kepada guru-guru.



Boss teman pernah berpesan. Tugas sebagai penjawat awam berat tanggungjawabnya. Kita berkuasa penoh untuk mengendalikan pejabat ini sebaiknya. Pun bagitu kita jangan salah anggap, kerana segalanya bukan 'harta bapak kita'. Apa yang disediakan dipejabat ini, hanya untuk kegunaan pejabat saja. Jangan nak memandai bawa balik kerumah. Mereka, rakyat diluar itu adalah 'boss' kita. Layan bereka sebaik boleh. Dan sebagai balasan pada tugas semupurna kita itu, titik peluh kita dibayar dengan gaji bulanan, termasuk cola (cost on living allowances), quarters Kerajaan yang selesai menurut kedudukan pangkat dan lain-lain kemudahan. Segalanya berbalol. Maka itu bukan semua berjaya menjawat jawatan awam, walaupun ramai yang berkelayakkan dan bercita-cita untuk menyertainya.


Cerita Boss saya saterusnya: Sabelum Merdeka, saorang Ketua Kerani telah diadukan salah laku kepada ketuanya saorang Expateriat British, melalui surat layang yang ditandatangani oleh majoriti kakitangan pejabatnya. Expateriat British itu saorang bangsa Nesrani, segera memanggil Ketua Kerani tersebut. Ketua Kerana mengsyaki sesuatu yang tidak baik akan menimpa dirinya hari itu. Dia tau dia akan dihukum, dan munkin akan di buang kerja, kerana salah lakunya itu. Dia menyesali dirinya kerana terjebak melakukan perkara itu. Tapi apa boleh buat. Dan terlewat. Dia mengigil ketika melangkah masuk kapejabat expetriate tersebut.


Ketua Kerani terkejut apabila pegawai expateriat itu melayannya lebih dari biasa. Bosnya dengan santun mempersilakan dia duduk, saterusnya bertanyakan kabar dirinya, masaalah dia dengan kakitangannya, juga kabar isteri, anak-anak dan keluarganya. Sukar baginya untuk respond secara biasa, menyebabkan Pegawai Expetariat itu memintanya datang samula sakiranya dia tidak sihat.
Ketua Kerani tidak berganjak dari kerusinya itu. Dia memandang kosong kearah pegawai itu.
Saterusnya pegawai itu mengeluarkan sapucuk surat dari fail diatas mejanya. Surat layang itu diserahkannya kepada Ketua Kerani. Tapi sabelum Ketua Kerani sempat membacanya, pegawai itupun menjelaskan:
"Awak percaya apa yang mereka tulis itu?"
Ketua Kerani gugup.
"Saya ta'percaya. Semua itu karut. Saya percaya awak saorang kakitangan yang jujur, dan ketua pejabat yang bertanggungjawab," sambungnya.
Ketua Kerani memandang kosong kearah Pegawai itu, cuba memahami apa sabenarnya maksud kata-kata bosnya itu.
Kemundian Pegawai itu mengambil samula surat itu dari tangan Ketua Kerani. Secara rakus dikoyakkannya, dan di buangkannya kedalam bakul sampah.
Perlakuan Pegawai itu, memberi kejutan kepada Ketua Kerani. Dia berjanji pada dirinya sendiri, tidak akan menggunakan kedudukannya demi kepentingan dirinya lagi. Dia berikran akan untuk menjadi saorang pegawai yang jujur dan bertanggungjawab. Baginya Bosnya akan mengenakan tindakan displin, jika dia melakukan 'jenayah' itu samula, kerana dia percaya Bosnya telah mengtehui akan kelemahan dirinya itu, tetapi telah memaafkan kesalahan pertamanya itu.
Paling kurang Ketua Kerani itu tidak berani 'ditumbuk rusuk' lagi.
Wallahualam.



Mengenai Saya

Foto saya
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.