Terlalu kerap ‘cliche’ menusuk gendang-gendang telinga kita, wujudnya keturunan darah kekeluargaan leluhur Bangsa Melayu Nusantara. Menjadikan rakyat dua Negara serumpun Alam Melayu ini beranggapan bahawa bangsa Melayu masih punya hubungi darah, budaya dan agama.
Munkinkah kerana Negara Serumpun ini telah dijajah lebih lebih 500 tahun dijajah Belanda dan Inggeris maka hubungan darah leluhur serumpun itu secara lahiriahnya sadikit demi sadikit terpisah dan dan dipisahkan.
Perpisahan mengakibahkan putus hubungan persaudaraan, dan longgar institusi kekeluargaan. Tekanan penjajah dari dua kuasa besar Eropah – Inggeris & Belanda yang berkuku di Tanah Semenanjung dan Kepulauan Indonesia itu telah mengakibahkan terbentuk kelainan rupabangsa yang ketara.
Dasar 'pecah dan perentah' kuasa Barat telah mengakibahkan secara fisikal ketidak sepaduan itu. Resam hidup, anutan agama dan ideologi kenegaraan masing-masing semacam tidak sehaluan.
Pun bagitu kesinambungan hubungan dua saudara sebangsa ini, terus disepadukan melalui ikatan socio budaya dan linga-franka. Kedua entiti ini sukar untuk dimusnah penjajah.
Saterusnya satelah kedua Negara ini Merdeka dan bebas dari belenggu penjajah, kesepaduan itu saling bergantung khusus melalui tali perhubungan, dan ikatan bahasa dan budaya yang agak rapoh itu.
Indonesia Merdeka 17Augustus1947 dan Tanah Melayu sapuluh tahun kemundian. Sifat rakus dan vocal Pemimpin Revolusi Indonesia Sukarno tanpa segan silu memperbudakkan perjuangan Kemerdekaan Tanah Melayu melalui cara perundingan dengan penjajah British oleh Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putera itu dipandang sebagai momokan.
Apatah dizaman kebangkitan itu, keterampilan Kepimpjnan Sukarno, dianggap ikon pada sagenap lapisan leluhur Melayu Nusantara di Tanah Melayu.
Saya membesar melihat portrait Sukarno dan Bendera “Sang Saka Merah Puteh” (bendera Indonesia) megah menghiasi dinding hampir satiap ruang tamu rumah Melayu di samping portrait Tunku Abdul Rahman yang diletakkan beriringan. Bagitu sekali ‘ghaerah’nya penduduk Tanah Melayu menerima Sukarno sebagai wira pejuang kebebasan rakyat INdonesia leluhur bangsa mereka.
Kemerdekaan Indonesia itu telah secara langsung menaikkan semangat kebangsaan mendorong rakyat Tanah Melayu mengenali sabenarnya maksud Merdeka dan bebas dari belenggu penjajahan asing.
Keghaerahan membentuk keterampilan diri. Selalunya bermuka dua: senang mempengarohi, dan mudah dipengaruhi. Bagitu halnya kedua saudara serumpun ini. Bebas dari cengkaman penjajahan kuasa Barat, mereka memilih lalunan perjalanan yang tidak selari, ikut ideology politik yang sangat berbedza waktu itu. Akibahnya hubungan darah serumpun mula retak.
Keretakan yang sangat ketara, apabila secara terbuka Presiden Sukarno atas dorongan PKI melancarkan Kempen Ganyang Malaysia.
Maka terguris dan keciwa hati Melayu di sabelah Semenanjung lantaran tindakan konfrontasi leluhur serumpun dari tanah seberang.
Konfrontasi Indonesia/Malaysia itu secara langsung telah memisahkan hubungan kekeluargaan antara rakyat kedua negara. Perhubungan secara peribadi, terus, telus dan terbuka terganggu. Masing-masing membawa hidup sendiri, dengan harapan ‘kekecuhan’ itu hanya sementara dan akan berakhir segera. Jalan damai mesti ditemui sacepat boleh dan dengan cara apa sekalipun.
Kejatuhan Sukarno dan PKI dan pulihnya demokrasi Indonesia telah merobah segalanya. ‘Biduk lalu, kimbang bertaut samula.’ Dua bangsa serumpun mula membina hidup baru. Saterusnya perhubungan Kerajaan dan rakyat kedua Negara diman’faatkan sapenohnya.
Tahun-tahun berikutnya menyaksikan perersefahaman dua hala yang akrab dan terjurus. Dimanfaatkan sebaiknya dalam pelbagai bidang aktibiti sosio ekonomi dan masyarakat.
Dasar pembangunan Malaysia pra-Merdeka telah menampakkan pelaksanaan projek-projek bersekala besar. Kemantapan pembangunan Negara ini dan wujudnya kepelbagaian aktibiti pembangunan, menjadikan Malaysia salah satu destinasi aliran masuk tanaga kerja dari Negara jiran, khususnya Indonesia.
Hari ini menurut statistic lebihkurang 1.8 million Rakyat Indonesia termasuk kumpulan PTI (Pendatang Tanpa Izin) berada di Malaysia. Bayangkan berapa banyak aliran tunai dihantar pulang tiap bulan.
Kini titian kasih dan perhubungan saudara serumpun dalam Nusantara itu, mula retak samula. Di retakkan oleh segelintir rakyat Indonesia sendiri. Pun atas semangat kejiranan dan hubungan darah leluhur Melayu Nusantara, Kerajaan berbilang kaum dan etnik di Malaysia masih beranggapan bahawa ketidaksefahaman itu akan berakhir sacepatnya.
Munkinkah?