22 Ogos 2009

6 Ogos 2009

Rasuah

Zaman ini saban hari kita baca kesah rasuah. Kebanyakkan dilakukan oleh pegawai awam dan pemimpin politik. Teman naik mual tiap kali baca atau dengar kes rasuah.



Teman juga saorang pegawai awam. Berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia dari tahun 1963 hingga bersara 1996. Salepas Merdeka, tidak banyak kes rasuah yang kita dengar. Munkin barangkali waktu itu media kita tidak banyak saperti sekarang ini. Pun bagitu komunikasi 'surat layang' boleh tahan juga hebatnya. Jadi jika ada salah laku dikalangan kakitangan awam atau ahli politik, surat layang akan mendedahkan salah laku mereka itu, untuk tindakan pihak yang berwajib.



Masa itu nama pegawai awam, harum dan disanjung rakyat sebagai pihak yang berkuasa, bertanggungjawab dan dipercayai (amanah). Postman, Anggota Polis (biasa dipanggil Datuk), Anggota Tentera, Pegawai Awam dari semua peringkat sangat dihormati rakyat. Apatah jika jadi pemimpin masyarakat, Ketua Kampung, Penghulu, Pemimpin Kaum, Pemimpin Politik, ahli Yang Berhormat.



Mustahil rasuah tidak berlaku zaman itu. Terma RASUAH zaman itu TUMBUK RUSUK. Aruah bapaku berwasiat supaya aku pohon jawatan yang tidak akan dirasuah. Beliau sangat setuju aku pohon jawatan guru. Katanya, tidak ada sebab orang ramai nak rasuah guru, walaupun mereka letakkan seluruh tanggungjawab mendidik anak-anak mereka kepada guru-guru.



Boss teman pernah berpesan. Tugas sebagai penjawat awam berat tanggungjawabnya. Kita berkuasa penoh untuk mengendalikan pejabat ini sebaiknya. Pun bagitu kita jangan salah anggap, kerana segalanya bukan 'harta bapak kita'. Apa yang disediakan dipejabat ini, hanya untuk kegunaan pejabat saja. Jangan nak memandai bawa balik kerumah. Mereka, rakyat diluar itu adalah 'boss' kita. Layan bereka sebaik boleh. Dan sebagai balasan pada tugas semupurna kita itu, titik peluh kita dibayar dengan gaji bulanan, termasuk cola (cost on living allowances), quarters Kerajaan yang selesai menurut kedudukan pangkat dan lain-lain kemudahan. Segalanya berbalol. Maka itu bukan semua berjaya menjawat jawatan awam, walaupun ramai yang berkelayakkan dan bercita-cita untuk menyertainya.


Cerita Boss saya saterusnya: Sabelum Merdeka, saorang Ketua Kerani telah diadukan salah laku kepada ketuanya saorang Expateriat British, melalui surat layang yang ditandatangani oleh majoriti kakitangan pejabatnya. Expateriat British itu saorang bangsa Nesrani, segera memanggil Ketua Kerani tersebut. Ketua Kerana mengsyaki sesuatu yang tidak baik akan menimpa dirinya hari itu. Dia tau dia akan dihukum, dan munkin akan di buang kerja, kerana salah lakunya itu. Dia menyesali dirinya kerana terjebak melakukan perkara itu. Tapi apa boleh buat. Dan terlewat. Dia mengigil ketika melangkah masuk kapejabat expetriate tersebut.


Ketua Kerani terkejut apabila pegawai expateriat itu melayannya lebih dari biasa. Bosnya dengan santun mempersilakan dia duduk, saterusnya bertanyakan kabar dirinya, masaalah dia dengan kakitangannya, juga kabar isteri, anak-anak dan keluarganya. Sukar baginya untuk respond secara biasa, menyebabkan Pegawai Expetariat itu memintanya datang samula sakiranya dia tidak sihat.
Ketua Kerani tidak berganjak dari kerusinya itu. Dia memandang kosong kearah pegawai itu.
Saterusnya pegawai itu mengeluarkan sapucuk surat dari fail diatas mejanya. Surat layang itu diserahkannya kepada Ketua Kerani. Tapi sabelum Ketua Kerani sempat membacanya, pegawai itupun menjelaskan:
"Awak percaya apa yang mereka tulis itu?"
Ketua Kerani gugup.
"Saya ta'percaya. Semua itu karut. Saya percaya awak saorang kakitangan yang jujur, dan ketua pejabat yang bertanggungjawab," sambungnya.
Ketua Kerani memandang kosong kearah Pegawai itu, cuba memahami apa sabenarnya maksud kata-kata bosnya itu.
Kemundian Pegawai itu mengambil samula surat itu dari tangan Ketua Kerani. Secara rakus dikoyakkannya, dan di buangkannya kedalam bakul sampah.
Perlakuan Pegawai itu, memberi kejutan kepada Ketua Kerani. Dia berjanji pada dirinya sendiri, tidak akan menggunakan kedudukannya demi kepentingan dirinya lagi. Dia berikran akan untuk menjadi saorang pegawai yang jujur dan bertanggungjawab. Baginya Bosnya akan mengenakan tindakan displin, jika dia melakukan 'jenayah' itu samula, kerana dia percaya Bosnya telah mengtehui akan kelemahan dirinya itu, tetapi telah memaafkan kesalahan pertamanya itu.
Paling kurang Ketua Kerani itu tidak berani 'ditumbuk rusuk' lagi.
Wallahualam.



Mengenai Saya

Foto saya
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.